Memburu rahmat 10 malam akhir Ramadan

17 Mac 2026, 9:12 AM
Memburu rahmat 10 malam akhir Ramadan

Sepuluh malam terakhir Ramadan sangat istimewa bagi umat Islam kerana padanya ada suatu malam yang dijanjikan penuh dengan kemuliaan dan keagungan. Pada malam itu, Allah menurunkan Al-Quran dari Loh Mahfuz ke langit dunia sebelum disampaikan secara berperingkat kepada Nabi Muhammad saw melalui malaikat Jibril selama 23 tahun.

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadr: 1–3)

Ulama mentafsirkan bahawa pada malam itulah segala ketentuan hidup manusia untuk tahun berikutnya ditetapkan dan ditunjukkan kepada para malaikat. "Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Surah al-Qadr:5)

Pada 10 malam terakhir Ramadan, umat Islam menggandakan amalan termasuk menghidupkan malam dengan mendirikan solat, berdoa dan berzikir di masjid.

Jurufoto HARUN TAJUDIN meninjau suasana malam ke-27 Ramadan di Masjid Diraja Sultan Suleiman Klang pada dinihari Selasa (17 Mac 2026).

Semua foto dirakam menggunakan Xiaomi 15T Series.

Seorang jemaah sedang menunai kan solat sunat di Masjid Diraja Sultan Suleiman Klang sewaktu sebelum waktu Subuh pada 17 Mac 2026.Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR

Beberapa jemaah muslimin sedang menunai kan solat sunat di Masjid Diraja Sultan Suleiman Klang sewaktu sebelum waktu Subuh pada 17 Mac 2026.Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR

Seorang jemaah sedang membaca Al-Quran di Masjid Diraja Sultan Suleiman Klang sewaktu sebelum waktu Subuh pada 17 Mac 2026.Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR

Jemaah muslimar  sedang menunai kan solat sunat di Masjid Diraja Sultan Suleiman Klang sewaktu sebelum waktu Subuh pada 17 Mac 2026.Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.