Mengantuk ketika memandu? Pakar dedah cara elak microsleep

19 Mac 2026, 4:00 AM
Mengantuk ketika memandu? Pakar dedah cara elak microsleep
Mengantuk ketika memandu? Pakar dedah cara elak microsleep
Mengantuk ketika memandu? Pakar dedah cara elak microsleep
Mengantuk ketika memandu? Pakar dedah cara elak microsleep

SHAH ALAM, 19 MAC: Sindrom tertidur seketika atau microsleep ketika memandu boleh berlaku akibat keletihan, namun risikonya boleh dikurangkan dengan berhenti berehat dan tidur sebentar selama 15 hingga 20 minit.

Pakar Perubatan Dalaman dan Respiratori KPJ Klang Specialist Hospital Dr Affida Ahmad berkata rehat yang terlalu lama bukan penyelesaian kerana ia boleh menyebabkan pemandu semakin mengantuk.

“Apabila mengantuk, memang disaran berhenti dan tidur dengan memastikan pengudaraan yang baik bagi mengelak keracunan karbon monoksida.

Pakar Perubatan Dalaman dan Respiratori KPJ Klang Specialist Hospital Dr Affida Ahmad. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

“Selain memilih tempat yang selamat, harus diingat tidur sebentar yang berkualiti adalah tempoh 15 hingga 20 minit sahaja. Jika lebih, seseorang akan memasuki fasa tidur lebih dalam sehingga menyebabkan rasa mamai dan lebih mengantuk,” katanya ketika ditemu bual dalam program Bicara Semasa terbitan Media Selangor.

Pada masa sama, beliau menyarankan pemandu mengambil kafein sekitar 150 miligram (mg) atau secawan minuman bersaiz sederhana sebelum tidur seketika bagi membantu meningkatkan tahap kewaspadaan.

“Kafein tidak berfungsi serta-merta kerana ia memerlukan masa untuk memberi kesegaran. Disarankan mengambilnya sebelum tidur seketika supaya apabila bangun nanti badan berasa lebih segar.

“Selepas bangun, pemandu juga boleh membasuh muka, berjalan seketika atau melakukan sedikit pergerakan supaya otot kembali aktif sebelum meneruskan perjalanan dengan selamat,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan supaya penumpang turut memainkan peranan bagi memastikan pemandu berada dalam keadaan baik terutama ketika memandu dalam perjalanan jarak jauh.

Pakar Perubatan Dalaman dan Respiratori KPJ Klang Specialist Hospital Dr Affida Ahmad ketika ditemu bual dalam program Bicara Semasa terbitan Media Selangor berkenaan sindrom tertidur seketika atau microsleep di pejabat Media Selangor, Shah Alam pada 3 Mac 2026. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

"Sangat penting untuk penumpang sedar peranan mereka. Sekiranya tidak mampu bertukar, penumpang perlu lihat keadaan pemandu adakah dalam keadaan baik. Beri amaran dan perlu berani beritahu pemandu supaya berhenti apabila penat.

"Apabila memandu lebih dua jam sudah pasti berasa lesu dan kepenatan, berborak tidak dapat bantu hilangan rasa mengantuk kerana ia bersifat sementara sahaja,"” katanya.

Microsleep menjadi antara penyumbang utama kepada statistik kemalangan jalan raya di negara ini, dengan kira-kira 20 peratus kes termasuk kematian dilaporkan setiap tahun.

https://mediaselangor.com/ms/2026/02/344563

Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) microsleep berlaku akibat keletihan dan kelesuan.

Ia juga dipengaruhi jam biologi tubuh khususnya ketika musim perayaan yang melibatkan perjalanan jauh, tempoh pemanduan terlalu lama serta perubahan corak pemanduan.

Setakat 14 Mac 2026, 2,103 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 12 kematian yang mencatat penurunan kes kemalangan sebanyak 254 kes dan penurunan dua kes kematian berbanding hari sebelumnya.

https://www.facebook.com/JSPTPDRM

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.