340 tahfiz di Selangor dibenarkan beroperasi, perlu patuhi syarat keselamatan

15 Mac 2026, 12:17 PM
340 tahfiz di Selangor dibenarkan beroperasi, perlu patuhi syarat keselamatan
340 tahfiz di Selangor dibenarkan beroperasi, perlu patuhi syarat keselamatan
340 tahfiz di Selangor dibenarkan beroperasi, perlu patuhi syarat keselamatan
340 tahfiz di Selangor dibenarkan beroperasi, perlu patuhi syarat keselamatan
340 tahfiz di Selangor dibenarkan beroperasi, perlu patuhi syarat keselamatan

SHAH ALAM, 15 MAC: Sebanyak 340 institusi tahfiz di Selangor dibenarkan beroperasi secara bersyarat dalam tempoh tiga hingga lima tahun sementara melengkapkan dokumen yang ditetapkan agensi keselamatan bagi memperoleh kelulusan merancang.

EXCO Agama Islam Dr Muhammad Fahmi Ngah berkata keputusan itu dibuat selepas proses pemutihan dilaksanakan bagi memastikan institusi tahfiz mematuhi syarat keselamatan serta peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa.

Menurutnya, sehingga Disember tahun lalu, proses pemutihan berjaya mendaftarkan 606 sekolah tahfiz di negeri ini, walaupun terdapat sebahagian institusi memilih untuk menutup operasi secara sukarela.

“Setakat Disember tahun lalu telah tamat proses pemutihan dan daripada jumlah ini kita berjaya daftarkan 606 sekolah dan ada antaranya ditutup secara sukarela.

“Setakat ini, 94 telah memperoleh kebenaran merancang sepenuhnya manakala 340 dibenarkan beroperasi dalam tempoh tiga ke lima tahuan dengan perlu melengkapkan syarat,” katanya ditemui pada majlis perasmian Ijtima’ Huffaz Selangor ke-19 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

EXCO Hal Ehwal Agama Islam Dr Mohammad Fahmi Ngah ditemui media selepas Majlis Perasmian Penutup Ijtima’ Huffaz kali ke-19 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 15 Mac 2026. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

Mengulas lanjut, Dr Muhammad Fahmi menjelaskan, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif mendekati pusat tahfiz dengan melantik Persatuan Institusi Tahfiz Selangor (Pitas) sebagai urus setia bagi mendapatkan maklum balas.

“Tahun ini, kita lakukan sedikit perubahan mendekati tahfiz melalui Pitas supaya sebarang permasalahan atau aduan dapat disampaikan terus kepada Kerajaan Negeri.

“Sebagai kerajaan, selain kawal selia dan bantu, kita juga perlu dengar rintihan serta keluhan sekiranya ada halangan untuk beroperasi. Bukan hasrat kita ambil alih sekolah tetapi bantu upayakan supaya beroperasi dengan sah,” katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri melakukan beberapa pindaan dalam Program Pemutihan 2.0 bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin selain tidak menekan pengusaha.

Inisiatif itu juga menjamin institusi tahfiz persendirian mematuhi syarat minimum kebenaran merancang yang ditetapkan PBT serta agensi keselamatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.