MBPJ rangka Pelan Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2026-2035

14 Mac 2026, 11:00 AM
MBPJ rangka Pelan Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2026-2035
MBPJ rangka Pelan Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2026-2035

PETALING JAYA, 14 MAC: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sedang merangka Pelan Rancangan Tempatan (Penggantian) Petaling Jaya 2026–2035 bagi menentukan hala tuju pembangunan bandar itu untuk tempoh 10 tahun akan datang.

Datuk Bandarnya, Dato’ Mohamad Zahri Samingon berkata pelan tersebut akan menjadi panduan utama dalam merancang pembangunan fizikal bandar, pertumbuhan ekonomi serta sistem mobiliti di Petaling Jaya.

“Dokumen ini bukan sahaja merangkumi aspek guna tanah tetapi membandu hala tuju persekitaran dan kesejahteraan komuniti pada masa hadapan.

“Penyediaan pelan ini turut mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk cadangan serta perkongsian idea daripada Ahli Majlis Kanak-Kanak Petaling Jaya,” katanya.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Antara Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Dan Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) di Hotel M Resort, Kuala Lumpur pada 14 Mac 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara MBPJ dan Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) di sini, hari ini.

Selain itu, Mohamad Zahri berkata MBPJ turut mempunyai sebanyak 22 pelan strategik dan pelan tindakan bandar yang merangkumi pelbagai aspek termasuk kesejahteraan sosial, mobiliti bandar, persekitaran mampan, keselamatan komuniti, pembangunan ruang awam serta pembangunan ekonomi bandar.

“Semua pelan ini dilaksanakan hasil sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan termasuk agensi kerajaan, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti setempat.

“Ia bagi memastikan perancangan bandar yang dilaksanakan MBPJ benar-benar mencerminkan aspirasi masyarakat,” ujarnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.