Doakan konflik Iran-AS-Israel reda, seru menteri

9 Mac 2026, 1:19 PM
Doakan konflik Iran-AS-Israel reda, seru menteri

KUCHING, 9 MAC: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud hari ini menyeru umat Islam di negara ini memanfaatkan 10 malam terakhir Ramadan dengan memperbanyak doa agar dunia kembali aman, khususnya rantau yang dilanda konflik.

Beliau turut mengajak umat Islam mendoakan agar konflik melibatkan Iran, Amerika Syarikat (AS) serta Israel segera reda demi memastikan keamanan sejagat terus terpelihara.

“Marilah kita sama-sama berdoa supaya dunia ini, khususnya konflik yang melibatkan Iran, AS dan Zionis Israel dapat segera reda.

“Kita berharap agar kesan peperangan itu tidak sampai ke negara kita dan semua dapat terus hidup dalam keadaan aman,” katanya berucap pada Majlis Iftar Ramadan MADANI Sarawak di sini hari ini.

Terdahulu, pada majlis itu, Mustapha turut menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada 100 penerima dari sekitar kawasan Kampung Muara Tebas.

Ketegangan di Timur Tengah meruncing sejak 28 Feb lepas susulan serangan Israel dan AS ke atas Iran, diikuti oleh serangan balas Tehran terhadap kepentingan AS di negara Teluk.

Berdasarkan rekod Kementerian Luar, setakat 8 Mac, sebanyak 649 orang rakyat Malaysia masih terkandas di beberapa negara terįejas di rantau itu manakala 24,568 rakyat Malaysia telah berdaftar menerusi sistem e-Konsular setakat 7 Mac.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.