Kerajaan Negeri selaras usaha senggara kolam takungan di UIS, elak banjir berulang

7 Mac 2026, 5:21 AM

HULU LANGAT, 7 MAC: Kerajaan Negeri akan menyelaras usaha penyelenggaraan serta pendalaman kolam takungan di Universiti Islam Selangor (UIS) untuk mengelak risiko banjir berulang selepas hujan lebat berterusan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kolam tadahan sedia ada di UIS didapati cetek dan perlu didalamkan semula untuk memastikan sistem saliran berfungsi dengan lebih baik.

“Jadi, kita akan memperdalam untuk elak kemungkinan banjir berlaku di kawasan UIS kerana menyedari kawasan ini antara kawasan tumpuan permusatan air atau pengaliran air.

“Insya-Allah, saya dengan YB Sany (Ahli Parlimen Hulu Langat Mohd Sany Hamzan), Kerajaan Negeri akan segera bantu untuk selesaikan. UIS akan menyelaras lantikannya sebab aset itu berada dalam kawasan universiti. Saya akan maklumkan kepada Naib Canselor.

“Saya akan bantu untuk pastikan kolam tadahan ini didalamkan dan diselenggara untuk pastikan UIS tidak terjejas disebabkan oleh hujan lebat sebagaimana yang pernah berlaku beberapa tahun yang lepas,” katanya.

Beliau ditemui selepas program Qiamullail Perdana, sahur dan Subuh Berjemaah di Masjid Al-Azhar, UIS hari ini.

Pada 5 Mac, banjir kilat berlaku di pintu masuk utama universiti berkenaan selepas hujan lebat berterusan.

Ia menimbulkan keresahan dalam kalangan warga universiti selepas hujan lebat berterusan menyebabkan kolam takungan melimpah, sekali gus mengakibatkan paras air meningkat dengan cepat di kawasan sekitar kampus.

Sebelum ini pada Ogos 2022, hujan berpanjangan turut menyebabkan banjir kilat di kampus berkenaan termasuk kawasan parkir bangunan pentadbiran, Masjid Al-Azhar dan kediaman pelajar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.