Ketua Polis Klang Selatan turun padang santuni peniaga Bazar Ramadan Sri Andalas

5 Mac 2026, 5:00 AM

SHAH ALAM, 5 MAC: Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Polis Lim Jit Heuy turun padang menyantuni peniaga di Bazar Ramadan Taman Sri Andalas menerusi program walkabout bagi memperkukuh hubungan polis dengan komuniti setempat.

Program itu turut disertai Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Kamalariffin Aman Shah, bersama beberapa pegawai kanan polis termasuk Timbalan Superintendan Karthikeyan Wassu, Asisten Superintendan Hanita Mohd Sharif dan Asisten Superintendan Noriza Yaacob.

Hadir sama Pengarah Pelesenan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), Mohd Izzat Mokhtar serta Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Mohd Shariffudin Setapa.

Menerusi program itu, pihak polis berpeluang berinteraksi secara langsung dengan peniaga bazar selain mendengar pandangan serta mengenal pasti isu keselamatan dan permasalahan setempat.

Sepanjang sesi berkenaan, peniaga dan pengunjung turut diingatkan supaya sentiasa peka terhadap aspek keselamatan serta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah kepada pihak berkuasa.

Pendekatan mesra komuniti itu diharap dapat memperkukuh kerjasama antara polis dan masyarakat dalam usaha pencegahan jenayah, khususnya sepanjang Ramadan yang menyaksikan peningkatan kehadiran orang ramai di kawasan tumpuan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.