Wisma Putra nasihat orang ramai tangguh perjalanan tidak mustahak

4 Mac 2026, 8:16 AM
Wisma Putra nasihat orang ramai tangguh perjalanan tidak mustahak
Wisma Putra nasihat orang ramai tangguh perjalanan tidak mustahak
Wisma Putra nasihat orang ramai tangguh perjalanan tidak mustahak
Wisma Putra nasihat orang ramai tangguh perjalanan tidak mustahak

SHAH ALAM, 4 MAC: Kementerian Luar atau Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia supaya bersedia menghadapi kemungkinan gangguan perjalanan termasuk penutupan ruang udara dan perubahan jadual penerbangan susulan situasi keselamatan semasa di beberapa negara.

Dalam kenyataan dimuat naik di Facebook hari ini, kementerian itu turut menggesa rakyat Malaysia sentiasa berwaspada, mengelakkan kawasan operasi ketenteraan dan perhimpunan awam serta mematuhi arahan pihak berkuasa.

“Orang ramai juga disaran menangguhkan perjalanan yang tidak mustahak bagi mengurangkan risiko keselamatan,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Malaysia Airlines (MAS) memaklumkan pihaknya akan menyambung sementara penerbangan pergi dan balik ke Jeddah (JED) dan Madinah (MED) bermula 4 hingga 8 Mac ini.

Bagaimanapun, penerbangan ke Doha (DOH) masih digantung sehingga 7 Mac sementara syarikat itu terus menilai keadaan keselamatan semasa.

“Semua penerbangan lain termasuk ke London serta Lapangan Terbang Paris Charles de Gaulle kekal beroperasi seperti biasa dengan menggunakan laluan alternatif yang selamat dan jauh daripada kawasan konflik,” menurut kenyataan syarikat penerbangan berkenaan.

Syarikat itu turut memaklumkan penumpang yang terjejas akan dimaklumkan secara terus dan dibantu dengan pengaturan perjalanan alternatif yang bersesuaian.

Sebelum ini, MAS membatalkan penerbangan dari 28 Februari hingga 1 Mac lalu susulan penutupan berterusan ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat berikutan perkembangan keselamatan serantau yang memuncak.

Orang ramai digalakkan mengemas kini maklumat hubungan masing-masing menerusi fungsi “My Booking” di laman web rasmi syarikat bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan penerbangan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.