Gombak, Petaling antara lima daerah diramal hujan lebat hingga 7 malam

4 Mac 2026, 8:00 AM
Gombak, Petaling antara lima daerah diramal hujan lebat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 4 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat serta ribut petir di Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang hingga 7 malam ini.

Agensi itu mengeluarkan amaran sama di Kuala Lumpur, Putrajaya dan seluruh Melaka selain beberapa daerah di Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihat sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.