Operasi bazar Ramadan Kuala Selangor: 125 petak diperiksa, hanya 5 kompaun direkod

2 Mac 2026, 3:54 AM
Operasi bazar Ramadan Kuala Selangor: 125 petak diperiksa, hanya 5 kompaun direkod
Operasi bazar Ramadan Kuala Selangor: 125 petak diperiksa, hanya 5 kompaun direkod
Operasi bazar Ramadan Kuala Selangor: 125 petak diperiksa, hanya 5 kompaun direkod

SHAH ALAM, 2 MAC: Tahap pematuhan peniaga Bazar Ramadan di daerah ini berada pada tahap memuaskan apabila hanya lima kompaun direkodkan hasil dua operasi pemeriksaan bersepadu, minggu lalu.

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menerusi Jabatan Kesihatan dan Persekitaran dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor (PKDKS) melaksanakan pemeriksaan kebersihan, keselamatan makanan dan permit perniagaan pada 25 dan 26 Februari.

Di Bazar Ramadan Naluri Sukma, sebanyak 69 petak diperiksa melibatkan 111 pengendali makanan. Seramai 110 pengendali menghadiri Kursus Pengendalian Makanan manakala kesemua 111 menerima suntikan tifoid. Tiada kompaun dikeluarkan sepanjang operasi itu.

Pemeriksaan di Bazar Ramadan Astana Alam Fasa 3 pula melibatkan 56 petak dan 98 pengendali makanan. Seramai 96 telah menghadiri kursus serta menerima suntikan tifoid.

Dalam operasi berkenaan, tiga kompaun dikeluarkan atas kesalahan tiada suntikan tifoid, kuku panjang dan tidak memakai peralatan perlindungan diri (PPE), manakala dua lagi kompaun dikeluarkan kerana tiada permit perniagaan.

“Operasi ini membuktikan komitmen berterusan MPKS dan PKDKS dalam memastikan tahap kebersihan, keselamatan makanan serta pematuhan peraturan sentiasa berada pada tahap memuaskan sepanjang Ramadan,” menurut MPKS di Facebook.

MPKS memaklumkan pemantauan berkala akan terus dipergiat bagi memastikan peniaga mematuhi garis panduan ditetapkan demi keselamatan dan kesejahteraan pengguna.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.