94 petak bazar diperiksa, satu kompaun dikeluarkan MPKS

24 Feb 2026, 5:52 AM
94 petak bazar diperiksa, satu kompaun dikeluarkan MPKS
94 petak bazar diperiksa, satu kompaun dikeluarkan MPKS

SHAH ALAM, 24 FEB: Jabatan Penguat kuasa Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengeluarkan satu kompaun atas kesalahan tiada permit perniagaan.

MPKS dalam kenyataan menerusi Faebook berkata, kompaun itu dikeluarkan ketika operasi pemeriksaan bazar Ramadan Lotus Kuala Selangor Jumaat lalu.

Dalam operasi yang turut mendapat kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor (PKDKS) itu, 94 petak bazar diperiksa melibatkan 233 pengendali makanan.

"Kesemua pengendali telah menghadiri Kursus Pengendalian Makanan dan menerima Suntikan TY2 seperti ditetapkan, selaras dengan keperluan perundangan kesihatan awam.

"Hasil pemeriksaan mendapati tiada kompaun dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MPKS serta PKDKS," kata kenyataan itu lagi.

MPKS memandang serius aspek keselamatan makanan dan akan terus menjalankan pemantauan berkala bersama PKDKS bagi memastikan persekitaran bazar Ramadan sentiasa bersih, selamat dan teratur.

Dalam masa sama, Bahagian Promosi Kesihatan turut mengedarkan notis peringatan kebersihan kepada peniaga sebagai langkah pendidikan dan pencegahan.

Apa reaksi anda?