SHAH ALAM, 1 MAC: Malaysia Airlines (MAS) menggantung semua penerbangan dari Kuala Lumpur (KUL) ke dan dari Doha (DOH), Jeddah (JED) dan Madinah (MED) sehingga Rabu ini.
Penerbangan yang terjejas adalah:
• MH150 - 1 Mac (KUL-JED)
• MH151 - 1 Mac (JED-KUL)
• MH156 - 1 & 3 Mac (KUL-JED)
• MH157 - 1 & 3 Mac (JED-KUL)
• MH160 - 1 - 4 Mac (KUL-DOH)
• MH161 - 1 - 4 Mac (DOH-KUL)
• MH164 - 1 - 4 Mac (KUL-DOH)
• MH165 - 1 - 4 Mac (DOH-KUL)
• MH6126 - 1 Mac (KUL-DOH)
• MH6126 - 1 Mac (DOH-AMS)
• MH6127 - 1 Mac (AMS-DOH)
• MH6127 - 1 Mac (DOH-KUL)
• MH150 - 2 Mac (KUL-JED)
• MH155 - Mac (JED-JHB)
• MH162 - 2 Mac (JHB-MED)
• MH153 - 2 Mac (MED-KUL)
• MH158 - 2 Mac (KUL-MED)
• MH159 - 2 Mac (MED-KUL)
• MH152 - 4 Mac (KUL-MED)
• MH153 - 4 Mac (MED-KUL)
Dalam kenyataan, syarikat penerbangan itu memaklumkan bagaimanapun semua penerbangan lain, termasuk ke dan dari London serta Lapangan Terbang Paris Charles de Gaulle, kekal mengikut jadual buat masa ini.
"Penerbangan berkenaan beroperasi menggunakan laluan alternatif yang jauh daripada zon konflik terjejas.
"Penumpang yang terbabit sedang dimaklumkan dan dibantu dengan pengaturan perjalanan alternatif sekiranya diperlukan.
"Penerbangan ke destinasi terjejas akan terus digantung sementara menunggu penilaian lanjut terhadap situasi keselamatan," menurut kenyataan media, di sini, hari ini, lapor Berita Harian.
Sebelum ini, syarikat penerbangan itu sudah melaksanakan pembatalan dari 28 Februari hingga hari ini, susulan penutupan berterusan ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat berikutan perkembangan keselamatan serantau yang semakin memuncak.
Susulan itu, penumpang dinasihatkan mengemas kini maklumat perhubungan melalui fungsi 'My Booking' bagi menerima perkembangan terkini tepat pada masanya.
"Bantuan turut disediakan menerusi perkhidmatan Live Chat di laman sesawang rasmi atau dengan menghubungi Pusat Panggilan Global Malaysia Airlines di talian 1 300 88 3000 (dalam Malaysia) atau +603 7843 3000 (luar Malaysia).
"MAS akan terus memantau perkembangan semasa dan mengambil segala langkah sewajarnya bagi memastikan operasi penerbangan yang selamat dan boleh dipercayai.
"Keselamatan penumpang dan kru kekal menjadi keutamaan tertinggi," menurut kenyataan itu.









