DUBAI, 1 MAC: Dua orang cedera selepas serpihan daripada dron yang dipintas oleh pertahanan udara Emiriah Arab Bersatu (UAE) terjatuh ke pekarangan dua rumah di Dubai, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).
Individu yang cedera menerima rawatan perubatan yang diperlukan.
Pihak berkuasa turut menjelaskan bahawa bunyi yang kedengaran di seluruh emirat itu adalah hasil daripada operasi pemintasan yang berjaya.
- BERNAMA-WAM








