Iran dakwa Khamenei terbunuh di pejabat, imej satelit dedah kerosakan

1 Mac 2026, 3:32 AM
Iran dakwa Khamenei terbunuh di pejabat, imej satelit dedah kerosakan

TEHRAN, 2 MAC: Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran mendakwa Israel dan Amerika Syarikat (AS) merancang serangan ke atas pemimpin tertinggi negara itu, Ayatollah Ali Khamenei di kompleks pejabat rasminya di Tehran.

Menurutnya, Khamenei terbunuh pada awal pagi Sabtu ketika sedang menjalankan tugas rasmi di pejabat berkenaan.

BBC sebelum ini melaporkan bahawa imej satelit menunjukkan kerosakan ketara pada beberapa bahagian kompleks tersebut, sekali gus mengesahkan impak serangan di lokasi berkenaan.

Sementara itu, Agensi Berita Tasnim yang mempunyai kaitan dengan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) menyatakan kematian Khamenei di pejabatnya menafikan dakwaan bahawa beliau bersembunyi sebelum ini.

Menurut Tasnim, laporan yang mendakwa pemimpin tertinggi itu bersembunyi merupakan “perang psikologi musuh”.

Dalam perkembangan berkaitan, Iran turut mengumumkan tempoh 40 hari berkabung kebangsaan susulan kematian pemimpin tertinggi tersebut. - Agensi