Merungkai keistimewaan Melon Selangor, tampil landskap moden, unik

1 Mac 2026, 3:01 AM
Merungkai keistimewaan Melon Selangor, tampil landskap moden, unik

TAPAK penanaman Melon Selangor (MeloSel) yang diusahakan di Pusat Inkubator Belia Tani, Pusat Latihan Pertanian Kalumpang, Hulu Selangor menampilkan landskap pertanian moden yang tersusun dan terjaga.

Hampir 1,000 pokok MeloSel ditanam menggunakan kaedah meja fertigasi, polibeg dan planter box dengan media tanaman berasaskan sabut kelapa.

Susun atur tanaman melibatkan kira-kira 500 polibeg, 400 pokok melalui sistem fertigasi serta antara 350 hingga 400 pokok menggunakan kaedah planter box.

Proses semaian benih mengambil masa antara 10 hingga 12 hari sebelum dipindahkan ke ladang, dengan tempoh penjagaan tanaman kira-kira 65 hari sebelum penuaian.

Selain MeloSel, varieti golden melon dan rock melon turut ditanam di tiga rumah hijau, sekali gus memperkayakan lagi hasil ladang.

Berbeza dengan varieti melon lain, bentuk buah MeloSel yang menyerupai bola ragbi menjadikannya unik. Pada peringkat awal, buahnya berwarna hijau sebelum bertukar kuning keemasan dengan sedikit rona oren apabila matang.

Jurufoto REMY ARIFIN berpeluang merakam setiap sudut ladang serta susun atur tanaman MeloSel, selain didedahkan kepada proses penanaman dari peringkat awal sehingga musim tuaian pada 5 Februari 2026.

Semua foto dirakam menggunakan Xiaomi 15T Series.

Alat refraktometer mudah alih digunakan untuk mengukur tahap  kemanisan buah MeloSel

Pengunjung berpeluang merasai pengalaman memetik buah dari Pusat Inkubator Belia Tani, Pusat Latihan Pertanian Kalumpang, Hulu Selangor.

Pengunjung boleh datang ke Pusat Inkubator Belia Tani, Pusat Latihan Pertanian Kalumpang, Hulu Selangor untuk merasai sendiri pengalaman memetik buah MeloSel dari 6 hingga 15 Februari 2026.

Buah MeloSel yang dipetik pengunjung direkodkan bagi mengenal pasti kuantiti sebenar buah diperoleh dari ladang.

Buah MeloSel yang dipetik pengunjung diperiksa dan ditimbang bagi mengenal pasti kualiti serta berat buah.

Semburan baja dan racun dilaksanakan mengikut masa ditetapkan bagi meningkatkan tumbesaran serta mengelakkan buah MeloSel rosak.

Kaedah planter box turut digunakan bagi penanaman buah MeloSel di Pusat Inkubator Belia Tani, Pusat Latihan Pertanian Kalumpang, Hulu Selangor.

Buah MeloSel yang ditempah khas untuk dijadikan cenderahati kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
Pegawai pertanian menimbang berat dan membungkus buah MeloSel untuk dibawa pulang oleh pengunjung.

Warnanya yang kuning keemasan selain rasa manis dan rangup menjadikan buah MeloSel digemari ramai terutama dalam kalangan pencinta buah tersebut.