Belanjawan 2026: Apa manfaat rakyat dapat?

10 Okt 2025, 8:35 AM
Belanjawan 2026: Apa manfaat rakyat dapat?
Belanjawan 2026: Apa manfaat rakyat dapat?
Belanjawan 2026: Apa manfaat rakyat dapat?

SHAH ALAM, 10 OKT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2026 bertemakan Belanjawan Madani Keempat: Belanjawan Rakyat di Dewan Rakyat, hari ini.

Belanjawan sulung bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) itu menetapkan sembilan tekad utama berpaksikan tiga tonggak ekonomi Madani.

Berikut senarai manfaat yang diterima rakyat:

Pembangunan RMK-13

Lima projek di Selangor:

  • RTB Sungai Buloh Fasa 2

  • Blok Tambahan Hospital Banting, Selangor

  • Pembangunan baharu infrastruktur mekanikal dan elektrik untuk kawalan banjir di Selangor

  • Naik taraf Jalan Persekutuan dari persimpangan Batu 9 ke persimpangan Jalan Dato Alias termasuk pembinaan Jejambat Merentasi Persimpangan Batu 9, Cheras

  • Klinik Kesihatan Jenis 2 Kinrara, Petaling

Pembangunan bakat tempatan

  • RM7.9 bilion bagi pembangunan TVET

  • Naik taraf dan bina hangar baru selenggara kapal terbang di Pusat Latihan Teknologi Tinggi Shah Alam

Pelancongan

  • Pelepasan cukai pendapatan individu RM1,000 ke pusat pelancongan tempatan dan program kebudayaan

Pemerkasaan usahawan tempatan

  • RM50 bilion pinjaman dan jaminan usahawan tempatan

  • Lebih RM2.5 bilion pinjaman mikro bawah Bank Simpanan Nasional dan Tekun

  • RM50 juta dana pembiayaan Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Perladangan dan komoditi

  • RM120 juta bantu pekebun kecil tampung kos tanaman semula, usaha ladang getah persendirian terbiar

  • RM50 juta bangun, selenggara jalan ladang seluruh negara

  • RM600 juta kepada Lembaga Getah Malaysia bangunkan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan

Agenda peralihan tenaga

  • RM20 juta rebat bantu pengguna, peniaga beli kelengkapan jenis cekap tenaga

  • Perluas pelepasan cukai pendapatan individu sebanyak RM2,500, merangkumi pembelian mesin rincih sisa makanan

Pesawah

  • RM2.62 bilion bagi subsidi harga, tanaman, baja, benih, dan insentif pengeluaran padi

  • Pesawah dapat bantuan RM4,300 sehektar tampung penggunaan diesel jentuai

Nelayan

  • Elaun sara hidup RM300 sebulan dan insentif hasil tangkapan RM160 juta

  • Diesel bersubsidi RM1.65 seliter dikekalkan

Pengusaha buah-buahan

  • RM55 juta bagi tanaman dan prasarana ladang nanas, durian belanda, jambu air dan limau besar

Ekonomi Bumiputera

  • RM20 juta untuk Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) sedia program pembiayaan mikro pesara, perkasa keusahawanan

  • RM6 bilion peluang pendidikan Bumiputera bawah MARA, Yayasan Peneraju dan UiTM

Kebajikan wanita

  • Pelepasan cukai pendapatan individu RM3,000 untuk yuran taman asuhan atau taman didikan kanak-kanak

  • Cukai diperluas kepada pusat jagaan harian atau pusat transit berdaftar hingga anak 12 tahun

  • Bantuan guaman untuk 5,000 ibu tunggal miskin selesaikan kes perceraian dan hak penjagaan anak

Belia

  • RM40 juta bagi wajah baharu Rakan Muda

  • Tumpuan kepada rancangan program dekati belia di desa yang tercicir dan terpinggir

Kebajikan OKU

  • RM1.4 bilion kepada OKU kronik terlantar, tiada upaya bekerja dan elaun pekerja

  • 100 van mobiliti khas dengan sistem pengangkat kerusi roda mudahkan pergerakan OKU

  • Pelepasan cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM10,000 bagi pemeriksaan dan pengesanan, program intervensi awal serta rawatan pemulihan anak kurang upaya berumur 18 tahun

Bantuan

  • Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa empat diawal dan disalurkan mulai 18 Oktober

  • Diskaun tol 50 peratus untuk dua hari sempena Deepavali

  • Penerima STR turut terima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 setiap bulan atau RM1,200 setahun

  • 1 juta penerima STR bawah e-Kasih terima SARA sehingga RM200 sebulan atau RM2,400 setahun

  • Bujang terima RM600 iaitu RM50 sebulan melalui SARA

  • 22 juta rakyat 18 tahun ke atas dapat RM100 sekali lagi mulai tengah Februari

  • RM1 bilion tangani kos sara hidup termasuk RM600 juta tambah program Payung Rahmah seluruh negara

Caruman KWSP pekerja ekonomi sampingan, e-panggilan

  • Skim caruman padanan KWSP sukarela dinaikkan RM600 setahun atau RM6,000 seumur hidup

  • Kadar pekerja tidak formal dikekalkan pada RM500 setahun dan RM5,000 seumur hidup

Kesihatan

  • RM1.2 bilion selenggara dan baik pulih semua hospital serta klinik kerajaan

  • RM100 juta naik taraf wad hospital daerah seluruh negara

Insurans

  • Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 untuk premium insurans nyawa kepada diri dan pasangan, diperluas kepada anak

  • Pengecualian duti setem ke atas polisi insurans atau sijil takaful bernilai kecil yang dibeli individu dan perusahaan mikro kecil dan sederhana dilanjutkan tiga tahun

  • Pengecualian duti setem dilanjut untuk tiga tahun ke atas polisi insurans dan sijil takaful bagi produk Perlindungan Tenang

Pelajar OKU

  • Pelajar sekolah OKU dapat elaun RM150 sebulan

  • Bantuan am sekolah untuk pelajar miskin diperluas sehingga tingkatan lima

Pendidikan percuma

  • Pendidikan tinggi percuma dibiayai PTPTN untuk pelajar keluarga berpendapatan kurang RM2,700 sebulan

  • Hutang peminjam PTPTN daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana kelas pertama dalam program ijazah dilupuskan

Peruntukan Kementerian Pendidikan

  • RM2 bilion naik taraf dan selenggara lebih 520 sekolah usang

  • Bina 38 sekolah baharu penuhi keperluan masyarakat setempat

Duti setem

  • Lanjutan pengecualian duti setem untuk pembelian rumah pertama berharga sehingga RM500,000 sehingga 21 Disember 2027

Pusat perpaduan, insentif filem kenegaraan

  • RM110 juta untuk pembikin filem tempatan dan antarabangsa di Malaysia

  • Ini termasuk RM10 juta yang diperuntuk khusus untuk filem "kenegaraan".

Bantuan khas kewangan

  • Bantuan khas kewangan RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.