Lori terbabit kemalangan kali terakhir diselenggara April

28 Sep 2025, 10:01 AM
Lori terbabit kemalangan kali terakhir diselenggara April

KAJANG, 28 SEPT: Lori terbabit kemalangan di Plaza Tol Bukit Kajang semalam dipercayai kali terakhir diselenggara April lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk bagi mengesahkan dakwaan masalah brek yang dikatakan punca insiden.

“Siasatan awal mendapati lori dipandu lelaki berusia 42 tahun itu kali terakhir diselenggara pada April. Usaha kini dilakukan untuk menentukan sama ada kegagalan sistem brek menjadi faktor utama,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata ketika kejadian, lori berkenaan dalam perjalanan dari Semenyih ke Putrajaya sebelum hilang kawalan lalu merempuh tiga kenderaan lain di laluan masuk plaza tol.

Kemalangan itu meragut nyawa seorang bayi manakala tujuh lagi mangsa cedera dan dirawat di Hospital Kajang, Hospital Serdang dan hospital swasta.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.