SELANGOR

Hilman teroka pembangunan bandar pintar di Jakarta

11 Jul 2018, 4:06 AM
Hilman teroka pembangunan bandar pintar di Jakarta

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 11 JULAI: Ahli Dewan Negeri Gombak Setia, Mohd Hilman Idham mengadakan pertemuan bersama wakil Gubernur DKI, Jakarta YTH Bapak Sandiaga Salaahuddin Uno, pada 6 Julai lalu.

Bercakap kepada SelangorKini, Hilman berkata, pertemuan tertumpu kepada perbincangan terhadap pembaharuan Malaysia Baharu.

Katanya, fokus juga terarah kepada hasrat pentadbiran negeri untuk mengguna pakai dasar pembangunan bandar pintar dilaksanakan di Jakarta.

"YTH Bapak Sandi menyampaikan rasa kagum beliau terhadap perjuangan, tekad dan iltizam rakyat Malaysia yang melakukan perubahan dalam pilihan raya lalu.

"Perbincangan turut berkait soal demokrasi, kemajuan teknologi dan pengalaman Jakarta sebagai bandar pintar khususnya dalam usaha merealisasikan gagasan Selangor sebagai regional Smart State," katanya.

Terdahulu, Hilman berada di Jakarta sempena program lawatan kerja ke Indonesia, minggu lalu.

Sebelum ini, Kerajaan Selangor melaksanakan dasar pembangunan negeri pintar yang mensasarkan Smart State menjelang 2025.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.