AGENDA

Sukan SEA: Atlet Muay Thai Ahmad Nor Iman Aliff raih emas ke-39 negara

22 Mei 2022, 10:20 AM
Sukan SEA: Atlet Muay Thai Ahmad Nor Iman Aliff raih emas ke-39 negara

HANOI, 22 MEI: Atlet Muay Thai negara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib menampilkan aksi bertenaga untuk meraih pingat emas acara elit bawah 54 kilogram (kg) pada Sukan SEA ke-31 di Gimnasium Bac Ninh dekat sini hari ini.

Kejayaan juara dunia remaja berusia 18 tahun itu sekali gus menyaksikan beliau menyumbang pingat emas ke-39 buat kontinjen negara pada temasya kali ini.

Ahmad Nor Iman Aliff, yang membuat penampilan sulung di Sukan SEA, menumpaskan peserta tuan rumah Huynh Hoang Phi, 30-27 dalam aksi final hari ini.

Pingat gangsa acara itu milik peserta Filipina Ariel Lee Lampacan dan Sakchai Chamchit dari Thailand.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.