SHAH ALAM, 28 FEB: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.15 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 6.15 peratus bagi Simpanan Shariah untuk tahun kewangan 2025.
Menurut kenyataan KWSP, jumlah agihan dividen bagi Simpanan Konvensional adalah sebanyak RM67.1 bilion, manakala Simpanan Shariah sebanyak RM12.5 bilion.
Secara keseluruhan, KWSP mengagihkan RM79.6 bilion kepada pencarum bagi tahun 2025.
Sebagai perbandingan, KWSP mengisytiharkan kadar dividen 6.30 peratus bagi kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah pada 2024, menjadikan kadar tahun ini sedikit rendah berbanding tahun sebelumnya.





