SHAH ALAM, 26 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat serta ribut petir di Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat hingga 7 malam ini.
Agensi itu mengeluarkan amaran sama di Kuala Lumpur selain beberapa daerah di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.
Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.
Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.
Orang awam dinasihat sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.




