Anak sulung Amyza Aznan meninggal dunia akibat kanser paru-paru

23 Feb 2026, 3:41 PM
Anak sulung Amyza Aznan meninggal dunia akibat kanser paru-paru

SHAH ALAM, 23 FEB: Anak sulung pelakon Amyza Aznan, Andre Mikhail, 23, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas bertarung melawan kanser paru-paru tahap tiga.

Berita sedih itu dikongsi sendiri Amyza, 50, menerusi hantaran di Instagram Story (IGs) miliknya malam ini.

"Assalammualaikum dengan dukacita anak saya Andre Mikhail bin Khairil Izhar telah pulang ke negeri yang abadi.

"Minta semua sedekahkan al-Fatihah kepada anak saya," tulisnya pada hantaran berkenaan.

Amyza turut memuat naik foto seorang pegawai perubatan yang sedang melakukan pemeriksaan terhadap Allahyarham sebelum ini.

Terdahulu, pelakon berkenaan pernah merayu kepada individu yang mempunyai kepakaran dalam perubatan alternatif untuk membantu merawat Andre yang ketika itu berada dalam keadaan kritikal.

Pada Februari tahun lalu, Amyza memaklumkan bahawa Andre disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga.

Setahun kemudian, ujian lain menimpa keluarga itu apabila anak keduanya, Adrian Adam, 18, disahkan menghidap kanser tulang.

Perkongsian pelakon itu di media sosial turut mengejutkan ramai pihak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.