Semak kelayakan SARA hari ini, RM100 dikredit 9 Februari

5 Feb 2026, 5:05 AM
Semak kelayakan SARA hari ini, RM100 dikredit 9 Februari

SHAH ALAM, 5 FEB: Rakyat Malaysia boleh menyemak kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 menerusi portal rasmi sara.gov.my, bermula hari ini.

Unit Komunikasi Korporat Kementerian Kewangan berkata bantuan 'one off' itu akan memanfaatkan seramai 22 juta warganegara berusia 18 tahun dan ke atas.

"Seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada bulan lalu, Kerajaan MADANI akan menyalurkan SARA RM100 secara 'one-off' bagi membantu 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas," katanya.

Jelasnya, RM100 itu akan dikreditkan melalui MyKad bermula 9 Februari 2026.

Tambahnya, bantuan berkenaan khas kepada pemegang MyKad warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

"Penerima SARA Bulanan turut layak menerima bantuan berkenaan. Untuk semak kelayakan anda di sara.gov.my," katanya.