Rai Aidilfitri: Selangor peruntuk RM8 juta, agih 40,000 baucar Jom Shopping RM200

3 Feb 2026, 7:09 AM
Rai Aidilfitri: Selangor peruntuk RM8 juta, agih 40,000 baucar Jom Shopping RM200
Rai Aidilfitri: Selangor peruntuk RM8 juta, agih 40,000 baucar Jom Shopping RM200
Rai Aidilfitri: Selangor peruntuk RM8 juta, agih 40,000 baucar Jom Shopping RM200

SHAH ALAM, 3 FEB: Kerajaan Negeri memperuntuk RM8 juta bagi Program Jom Shopping Perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, kata EXCO pembasmian kemiskinan.

V. Papparaidu berkata, peruntukan tahun ini meningkat berbanding RM7.2 juta pada tahun lalu, bagi memastikan lebih ramai keluarga berpendapatan rendah menerima manfaat.

EXCO Sumber Manusia & Pembasmian Kemiskinan, V. Papparaidu. Foto HANISAH OTHMAN/MEDIA SELANGOR

“Untuk baucar Hari Raya ada peningkatan kerana ada tambahan peruntukan dan buat masa ini kita telah memulakan pendaftaran.

“Bagi wakil rakyat yang berasakan jumlah penerima di kawasan sedikit dan memerlukan tambahan, mereka boleh membuat permohonan di pejabat. Kita akan pertimbangkannya,” katanya kepada Media Selangor.

Baucar Jom Shopping Perayaan berjumlah RM200 seorang diperkenalkan untuk membantu keluarga berpendapatan bawah RM3,000 membeli barangan keperluan asas di pasar raya terpilih.

Tahun ini, Kerajaan Negeri memperuntuk RM18.48 juta bagi program berkenaan, termasuk tambahan RM2 juta berbanding tahun lalu, yang bakal memberi manfaat kepada 92,400 penerima untuk membuat persiapan perayaan Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan Deepavali.

Selain itu, Kerajaan Negeri turut memperkenal baucar Jom Shopping Hari Pahlawan Negara berjumlah RM200 seorang kepada 8,317 veteran, dengan peruntukan keseluruhan RM1.7 juta.