70 asnaf, B40 di Puncak Alam terima sumbangan kotak makanan

28 Jan 2026, 8:37 AM
70 asnaf, B40 di  Puncak Alam terima sumbangan kotak makanan

SHAH ALAM, 28 JAN: Seramai 70 asnaf dan keluarga berpendapatan rendah (B40) di Puncak Alam menerima sumbangan kotak makanan berisi keperluan asas serta wang tunai daripada Pasaraya BSK Sdn Bhd hari ini.

Ahli Dewan Negeri Meru Mariam Rashid berkata sumbangan berkenaan memantu penerima melengkapkan barangan dapur dan sedikit sebanyak meringankan beban perbelanjaan bulanan.

“Dalam kotak makanan ini, semua keperluan asas ada antaranya beras, tepung, gula dan biskut. Ini sedikit sebanyak membantu penerima dalam menyediakan keperluan dan kelengkapan keluarga.

“Kita galakkan syarikat-syarikat seperti ini datang membantu lebih ramai penduduk kurang mampu. Jalankan projek tanggung sosial syarikat dengan beri sumbangan kepada golongan sasar,” katanya kepada Media Selangor.

Mariam turut menekankan bahawa inisiatif seperti ini perlu dihebahkan supaya lebih banyak pihak berkemampuan tampil membantu penduduk yang memerlukan.

“Saya harap inisiatif ini mendapat sambutan dari syarikat-syarikat lain. Dalam kita mengaut keuntungan, boleh juga kita kongsikan dengan mereka yang memerlukan. Kerajaan juga memerlukan sokongan seperti ini,” tambahnya.