Selangor lancar SEED 2030, lonjak sekuriti makanan negeri

27 Jan 2026, 4:09 AM
Selangor lancar SEED 2030, lonjak sekuriti makanan negeri
Selangor lancar SEED 2030, lonjak sekuriti makanan negeri
Selangor lancar SEED 2030, lonjak sekuriti makanan negeri
Selangor lancar SEED 2030, lonjak sekuriti makanan negeri

SHAH ALAM, 27 JAN: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) melancarkan Pelan Transformasi Agribisnis 2026–2030 (SEED 2030) sebagai strategi jangka panjang bagi memperkukuh sekuriti dan akses makanan dalam mendepani ketidaktentuan global.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, pelan lima tahun itu merangkumi sektor perladangan, ternakan, tenusu, peruncitan dan pasaran antarabangsa yang dijangka melonjakkan hasil negeri secara signifikan.

Bagi sektor perladangan, beliau berkata SEED 2030 akan meningkatkan pengeluaran kelapa sawit sebanyak 64.9 peratus kepada 735,000 tan metrik berbanding 445,000 tan metrik dicatatkan bagi tempoh 2021 hingga 2025.

“Sektor ternakan ayam disasar mencapai 20.1 juta ekor, berbanding 6.31 juta ekor dalam tempoh sama sebelum ini manakala Selangor Food Valley (SFV) pula dijangka terima 22 peratus peningkatan pengunjung menjadi 500,000 orang berbanding sekitar 400,000 pengunjung ketika ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada majlis pelancaran Pelan Transformasi Agribisnis 2026–2030 (SEED 2030) di Shah Alam pada 26 Januari 2026. Foto Facebook Amirudin Shari

“Untuk sektor peruncitan, rangkaian Produk Ehsan akan diperluas hingga 100 unit SKU bagi menembusi pasaran Timur Tengah dan Eropah. Sepanjang 2022 hingga 2024, jualan Produk Ehsan rekod RM204.8 juta dan menjelang 2030, kita sasar lebih RM1.54 bilion diperoleh.

“Projek Ehsan Dairy Farm di Bukit Tagar, akan memulakan operasi rasmi pada Mac depan, dengan sasaran pengeluaran sehingga 32,850 liter susu,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran SEED 2030 di sini semalam, lapor Sinar Harian.

SEED 2030 digerakkan melalui lima teras strategik, disokong oleh empat anak syarikat utama PKPS serta penggunaan automasi, analitik data dan sistem berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Pelan itu selari dengan Dasar Agromakanan Negara dan Pelan Transformasi Agro Selangor (PeTA) yang bertujuan memperkukuh daya tahan serta kebajikan rakyat Selangor.