Kos hidup tertinggi: Selangor-Persekutuan disaran perkasa kerjasama, perhebat program bantu rakyat

11 Jan 2026, 10:03 AM

SHAH ALAM, 11 JAN: Kerajaan Negeri disaran menjalin kerjasama lebih erat dengan Kerajaan Persekutuan dalam pelbagai inisiatif bagi meringankan kos sara hidup penduduk, selepas Selangor disenaraikan sebagai negeri paling mahal didiami di Malaysia.

Pengarah Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan Putra Business School (PBS) Prof Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata isu kos hidup memerlukan pendekatan menyeluruh termasuk kesedaran rakyat dan pengawalan harga.

Pengarah Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan Putra Business School (PBS) Prof Dr Ahmed Razman Abdul Latiff

"Penduduk boleh memanfaatkan aplikasi semakan harga kendalian Kementerian Ekonomi untuk membuat perbandingan sebelum membeli barangan keperluan.

"Pada masa sama, rakyat perlu dilatih melaporkan peniaga yang mengambil kesempatan mengenakan harga terlalu tinggi selain program Jualan Rahmah perlu diperbanyakkan lagi," katanya kepada Media Selangor.

Beliau turut menekankan, penyelesaian kos hidup tidak hanya tertumpu kepada harga barangan tetapi juga melibatkan kadar pendapatan termasuk gaji penjawat awam dan pekerja anak syarikat milik kerajaan.

“Kerajaan Negeri boleh menimbang polisi menaikkan gaji minimum, misalnya dari RM1,700 kepada RM2,500 seperti beberapa GLC telah lakukan,” tambahnya.

Orang ramai mula membanjiri Dataran Kemerdekaan Shah Alam untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan peringkat Selangor ke-68 pada 30 Ogos 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIASELANGOR

Bulan lalu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan Selangor termasuk ibu negerinya Shah Alam, menduduki kedudukan teratas dari segi kos hidup berdasarkan Indeks Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) 2024.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata indeks tersebut mengukur tahap perbelanjaan yang diperlukan untuk mengekalkan taraf hidup wajar mengikut lokasi.

Menurutnya, Selangor juga mencatat skor tertinggi dalam kalangan semua negeri untuk isi rumah satu hingga empat orang dengan skor 92, 91.4, 92.4 dan 91.3 mata, mengatasi Kuala Lumpur.