MBSA perluas akses kesihatan OKU, warga emas melalui kenderaan komuniti

6 Jan 2026, 2:42 AM
MBSA perluas akses kesihatan OKU, warga emas melalui kenderaan komuniti

SHAH ALAM, 6 DIS: Golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas di Shah Alam kini boleh memanfaatkan perkhidmatan kenderaan komuniti percuma bagi mendapatkan rawatan pesakit luar dan dialisis.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan perkhidmatan itu ditawarkan kepada mereka yang mempunyai kad OKU atau warga emas.

"Kenderaan Komuniti MBSA beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat, dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang," menurut MBSA menerusi hantaran di Facebook.

Antara lokasi penghantaran yang disediakan termasuk Klinik Kesihatan Seksyen 7, Klinik Kesihatan Seksyen 19, Klinik Kesihatan Bukit Kuda Klang, Klinik Kesihatan Sungai Buloh, Hospital Shah Alam, Hospital Sungai Buloh, Hospital Tengku Ampuan Rahimah serta Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Bermula 2024, MBSA turut menambah beberapa lokasi penghantaran termasuk KPJ Selangor Specialist Seksyen 20, Hospital Avisena Seksyen 14, MSU Medical Centre Seksyen 13, Ara Damansara Medical Centre Seksyen U2, Hospital Columbia Asia Bukit Rimau.

Selain itu, lokasi penghantaran lain ialah Pusat Dialisis Aiman, Sek 15, Nerfcare Haemodialysis, SG Buloh, Pusat Dialisis An-Nur, Seksyen 13, Pusat Dialisis Al-Ehsan, Seksyen 7, Pusat Dialisis Pertama Subang, Seksyen U5, Bahiah Dialysis Centre, Pusat Dialisis MAIS, Seksyen 3, Pusat Dialisis Rakyat dan Damansara Premier Dialysis Centre, Seksyen U13.

Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi Jabatan Pembangunan Komuniti MBSA di talian 03-5522 2732.

inografik kenderaan komuniti MBSA. Facebook MBSA