PM sampaikan pengumuman penting tahun 2026 pada 11.30 pagi ini

5 Jan 2026, 2:47 AM
PM sampaikan pengumuman penting tahun 2026 pada 11.30 pagi ini

SHAH ALAM, 5 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan Perutusan Tahun Baharu 2026 yang menggariskan hala tuju, inisiatif serta pengumuman penting kerajaan bagi tahun ini pada jam 11.30 pagi.

Perutusan berkenaan akan disampaikan bersempena Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang berlangsung di Putrajaya, hari ini.

Menerusi satu hantaran di Facebook pagi ini, Anwar memaklumkan perutusan tersebut akan menjadi wadah untuk menggariskan fokus utama kerajaan sepanjang tahun 2026.

“Insya-Allah di perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri pagi ini, saya akan menyampaikan Perutusan Tahun Baharu 2026 yang menggariskan hala tuju, inisiatif dan beberapa pengumuman penting untuk digerakkan sepanjang tahun ini,” katanya.

Orang ramai boleh mengikuti perutusan berkenaan secara siaran langsung menerusi platform rasmi Radio Televisyen Malaysia (RTM), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), serta saluran media arus perdana lain.