Ibu bapa belanja berhemah, manfaat SARA ringankan beban persiapan sekolah

30 Dis 2025, 4:23 AM

SHAH ALAM, 30 DIS: Menjelang sesi persekolahan 2026 yang bakal bermula dalam tempoh dua minggu lagi, ibu bapa memberi tumpuan kepada persiapan sekolah sambil menyesuaikan dengan perbelanjaan harian.

Peningkatan harga barangan mendorong pengguna supaya lebih berhemah dan teliti dalam mengurus perbelanjaan harian, khususnya bagi keperluan asas keluarga.

Seorang guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), Siti Yang Masturah Mat Desa, 35, berkata kenaikan harga barangan keperluan asas dapat dikurangkan dengan memanfaatkan insentif Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Siti Yang Masturah Mat Desa

“Barangan yang boleh dibayar menggunakan SARA akan saya beli terlebih dahulu, manakala selebihnya dibeli secara berperingkat.

“Anggaran perbelanjaan bulanan saya sekitar RM300 hingga RM400,” katanya.

Masturah berharap bantuan seperti SARA diteruskan bagi membantu golongan kurang berkemampuan meringankan beban perbelanjaan barangan makanan asas.

Siti Aminah Mustafa

Sementara itu, Siti Aminah Mustafa, 52, berkata ketidaktentuan harga pasaran mendorong beliau berbelanja mengikut keperluan dengan memilih barangan yang menawarkan harga berpatutan.

“Setakat ini perbelanjaan masih terkawal memandangkan tanggungan tinggal enam orang daripada lapan ahli keluarga, manakala selebihnya sudah berkahwin,” katanya.

Aminah yang merupakan suri rumah sepenuh masa berkata perbelanjaan keluarganya kini lebih tertumpu kepada keperluan persekolahan dua orang anak, manakala anak-anak lain sudah menamatkan persekolahan dan mempunyai pendapatan sendiri.

Mohd Yazid Abdul Rahman

Seorang pesara guru, Mohd Yazid Abdul Rahman, turut meluahkan kebimbangan terhadap kenaikan harga barangan asas yang disifatkan semakin membebankan, khususnya bagi menampung tiga orang anak yang masih tinggal bersamanya.

“Kini harga barangan seperti beras, gula dan keperluan lain semakin meningkat. Saya berharap bantuan kerajaan dapat diteruskan bagi membantu meringankan beban,” katanya kepada Media Selangor.

Yazid turut mencadangkan agar pasar raya menawarkan pakej pembelian kelengkapan persekolahan kepada keluarga yang mempunyai ramai anak bagi membantu penjimatan kos.

Hakimi Darus

Dalam pada itu, Hakimi Darus, 43, yang ditemui bersama isterinya berharap ekonomi negara terus bertambah baik serta lebih banyak insentif disediakan kerajaan untuk membantu rakyat menjimatkan perbelanjaan harian.

“Jika bantuan persiapan persekolahan seperti bantuan buku teks sebelum ini dapat diperkenalkan semula, ia pasti sangat membantu,” katanya.

Kadar penggunaan SARA yang hampir mencecah 100 peratus khususnya di beberapa negeri menunjukkan kepentingan bantuan itu dalam membantu mengurus keperluan harian penerima.

Pada 18 Disember, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata hampir 5.6 juta penerima SARA sudah menggunakan MyKad mereka untuk membeli barangan asas di premis berdaftar, mencerminkan kadar penggunaan sebanyak 99 peratus secara keseluruhan dengan nilai perbelanjaan sebanyak RM4.59 bilion.

Terdahulu, media melaporkan hampir 5.6 juta penerima SARA telah menggunakan MyKad bagi pembelian barangan asas di premis berdaftar, mencerminkan kadar penggunaan sebanyak 99 peratus dengan nilai perbelanjaan keseluruhan mencecah RM4.59 bilion.

Bantuan itu diberikan kepada warganegara berusia 18 tahun ke atas dan boleh ditebus secara tanpa tunai di pasar raya terpilih menggunakan MyKad masing-masing.