SHAH ALAM, 24 DIS: Kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit RON97 dan diesel sebanyak lapan sen seliter, manakala RON95 tanpa subsidi turun enam sen seliter bagi tempoh 25 hingga 31 Disember 2025.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, pelarasan harga ini dilakukan menggunakan Automatic Pricing Mechanism (APM) selaras dengan perubahan harga pasaran minyak mentah dunia.
Harga baharu bagi tempoh berkenaan ialah:
RON97: RM3.16 seliter
RON95 tanpa subsidi: RM2.56 seliter
Diesel Semenanjung: RM2.95 seliter
Sementara itu, harga petrol bersubsidi RON95 (BUDI95) kekal RM1.99 seliter, dan harga diesel di Sabah, Sarawak serta Labuan juga tidak berubah iaitu RM2.15 seliter.
Kementerian Kewangan menegaskan pihaknya akan terus memantau kesan perubahan harga minyak global dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.




