21,289 ahli Tawas terima manfaat RM1,500 mulai Mac depan

23 Dis 2025, 5:34 AM
21,289 ahli Tawas terima manfaat RM1,500 mulai Mac depan
21,289 ahli Tawas terima manfaat RM1,500 mulai Mac depan
21,289 ahli Tawas terima manfaat RM1,500 mulai Mac depan
21,289 ahli Tawas terima manfaat RM1,500 mulai Mac depan
21,289 ahli Tawas terima manfaat RM1,500 mulai Mac depan

SHAH ALAM, 23 DIS: Seramai 21,289 ahli Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) bakal menerima manfaat berjumlah RM1,500 sebaik mencapai usia 18 tahun, yang akan disalurkan bermula Mac tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) Gan Pei Nei berkata mereka merupakan kumpulan pertama ahli Tawas yang menerima manfaat itu sejak diperkenal pada 2008.

Jelasnya, penyaluran akan dibuat menerusi empat fasa bermula Mac 2026 mengikut bulan kelahiran penerima.

“Kita akan mula pada bulan Mac dengan penyaluran empat fasa mengikut bulan kelahiran mereka. Kita akan salurkan RM1,500 sama ada melalui pemindahan ke akaun bank (EFT) atau e-dompet mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) Gan Pei Nei. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Kalau ikut data kita yang terkini seramai 21,289 ahli kita layak untuk tuntut simpanan ini,” katanya kepada Media Selangor.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pelaksanaan Tawas membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memperkasa generasi muda dan memastikan setiap anak Selangor mendapat permulaan kehidupan yang stabil.

Menurut Amirudin Tawas yang diperkenalkan sejak 2008 mula menunjukkan hasilnya apabila anak-anak yang pernah menerima manfaat Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) ketika memasuki Tahun Satu akan menerima wang tersebut apabila mencapai umur 18 tahun.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.