SHAH ALAM, 19 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir di tujuh daerah di Selangor hingga 12 tengah hari.
Daerah tersebut ialah Sabak Bernam, Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang. Amaran sama turut dikeluarkan di Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Cuaca sama diramal berlaku melibatkan beberapa kawasan di Perak, Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah dan Labuan.
Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.
Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.
Orang awam dinasihat sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.



