Gombak antara tiga daerah diramal hujan lebat hingga 12 tengah hari

16 Dis 2025, 1:41 AM
Gombak antara tiga daerah diramal hujan lebat hingga 12 tengah hari
Gombak antara tiga daerah diramal hujan lebat hingga 12 tengah hari
Gombak antara tiga daerah diramal hujan lebat hingga 12 tengah hari

SHAH ALAM, 12 DIS: Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 12 tengah hari, maklum Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Agensi itu dalam kenyataan turut memaklumkan cuaca sama dijangka melanda Kuala Lumpur serta beberapa daerah di Negeri Sembilan dan Sabah

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.