Hampir seluruh Selangor diramal hujan lebat hingga 5 petang

12 Dis 2025, 6:48 AM
Hampir seluruh Selangor diramal hujan lebat hingga 5 petang
Hampir seluruh Selangor diramal hujan lebat hingga 5 petang
Hampir seluruh Selangor diramal hujan lebat hingga 5 petang

SHAH ALAM, 12 DIS: Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang diramal hujan lebat hingga 5 petang, maklum Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Agensi itu dalam kenyataan turut memaklumkan cuaca sama dijangka melanda seluruh Perlis dan Melaka selain beberapa daerah di Kedah, Perak, Teregganu, Pahang, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.