Klang, Petaling antara empat daerah diramal hujan lebat hingga 7 malam

7 Dis 2025, 8:45 AM

SHAH ALAM, 6 DIS: Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang diramal hujan lebat hingga 7 malam, maklum Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Agensi itu dalam kenyataan turut memaklumkan cuaca sama dijangka melanda beberapa daerah di Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.