Simposium Kesihatan Asean kukuhkan Selangor sebagai peneraju inovasi kesihatan serantau

7 Dis 2025, 11:00 AM
Simposium Kesihatan Asean kukuhkan Selangor sebagai peneraju inovasi kesihatan serantau
Simposium Kesihatan Asean kukuhkan Selangor sebagai peneraju inovasi kesihatan serantau
Simposium Kesihatan Asean kukuhkan Selangor sebagai peneraju inovasi kesihatan serantau
Simposium Kesihatan Asean kukuhkan Selangor sebagai peneraju inovasi kesihatan serantau

SHAH ALAM, 7 DIS: Penganjuran Simposium Kesihatan Asean 2025 menegaskan lagi reputasi Selangor sebagai peneraju nasional dalam ekonomi digital dan inovasi kesihatan, sekali gus meletakkan negeri ini sebagai pusat rujukan bagi dasar kesihatan awam serantau.

EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin berkata simposium itu menjadi platform penting untuk membincangkan isu-isu kritikal termasuk kesiapsiagaan menghadapi krisis kesihatan dan ancaman penyakit berjangkit di rantau Asean.

EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin bercakap kepada media selepas Simposium Kesihatan ASEAN di Dorsett Grand Subang, Subang Jaya pada 7 Disember 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

“Kita menghimpunkan 100 peserta daripada pelbagai pihak berkepentingan untuk memastikan perbincangan yang menyeluruh dan membina pemahaman bersama.

"Banyak inisiatif yang dimulakan oleh Kerajaan Selangor kini telah diadaptasi dan diimplementasikan di seluruh negara,” katanya selepas program itu berlangsung di Shah Alam, hari ini.

Menurut beliau, simposium ini juga menyokong usaha memperkukuh keselamatan kesihatan serantau melalui perkongsian pengalaman dan data berkaitan pelbagai profil penyakit.

Pertukaran maklumat secara langsung turutmembolehkan tindakan lebih cepat dan berkesan dalam menghadapi cabaran kesihatan awam.

Jamaliah menambah, penganjuran program seperti ini turut menonjolkan kepimpinan Selangor dalam dasar dan inovasi kesihatan awam, sekali gus memberi inspirasi kepada negeri-negeri lain di rantau ini.

Selain itu, beliau memperkenalkan inisiatif kesedaran kesihatan mental khusus untuk remaja melalui penubuhan Kumpulan Sokongan Rakan Sebaya, menyediakan ruang selamat untuk pelajar berkongsi pengalaman, cabaran dan tekanan emosi bersama rakan sebaya.

"Program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya sokongan emosi dalam kalangan remaja," katanya.