SHAH ALAM, 5 DIS: Seluruh daerah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diramal berlaku hujan lebat serta ribut petir hingga 8 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca sama melanda Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terenganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.
Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.
Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.



