Infrasel tampal 6,000 km jalan seluruh Selangor, tumpu kawasan perumahan, industri

4 Dis 2025, 10:59 AM

SHAH ALAM, 4 DIS: Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) melaksana kerja tampalan jalan sepanjang 6,000 kilometer (km) di seluruh Selangor sepanjang tahun, kata ketua pegawai eksekutifnya.

Mohamed Fariz Ghazali berkata tampalan jalan itu dilakukan setiap hari dengan memfokuskan kawasan atau daerah kritikal antaranya Klang dan Kuala Selangor.

“Setiap hari, pasukan Infrasel membuat rondaan bagi kenal pasti jalan berlubang yang perlu ditampal. Daripada 12,000 km jalan, kita tampal 6,000 km di seluruh Selangor… antara kawasan tumpuan industri dan perumahan.

“Kawasan industri laluan lori, menyebabkan jalan rosak dan menjejaskan pengguna terutama penunggang motosikal. Klang contohnya keadaan tanah yang lembut serta kerap dilalui kenderaan berat.

Sesi temu bual Ketua Pegawai Eksekutif Infrasel Sdn Bhd Mohamed Fariz Ghazali di Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2025 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Shah Alam pada 4 Disember 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

“Oleh itu, penting untuk kita memastikan tampalan dilaksana berkualiti supaya tidak berulang dan kaedah digunakan sentiasa dikemas kini mengikut spesifikasi Jabatan Kerja Raya,” katanya ditemui pada Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2025 hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan Infrasel akan mengadakan kunjungan ke China dalam masa terdekat bagi berkongsi teknologi tampalan baharu termasuk berkaitan penggunaan bahan turapan.

“China juga baru menggunakan teknologi ini tetapi mereka terbuka untuk berkongsi dengan kita khususnya berkaitan bancuhan tar tanpa melibatkan pembakaran karbon.

“Dengan penggunaan teknologi ini, selain mesra alam campuran bahan ini juga lebih tahan lama. Selain itu, kita juga ada kenderaan yang mempunyai teknologi boleh mengesan kehadiran paip bawah tanah.

“Selain itu, kita juga kerjasama dengan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) bagi mendapatkan maklumat terkini jalan atau cerun berisiko yang perlu diberi perhatian,” katanya.

Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2025 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Shah Alam pada 4 Disember 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR