Seluruh Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 9 malam

3 Dis 2025, 10:06 AM
Seluruh Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 9 malam
Seluruh Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 9 malam
Seluruh Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 3 DIS: Seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diramal hujan lebat hingga 9 malam, maklum Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Agensi itu dalam kenyataan turut memaklumkan cuaca sama dijangka melanda seluruh Perak, Negeri Sembilan dan Melaka selain beberapa daerah di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.