SHAH ALAM, 1 DIS: Pendaftaran program Back To School bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia bagi sesi 2026 dibuka bermula hari ini hingga 14 Disember.
Wakil rakyatnya Dr Fahmi Ngah berkata program itu bertujuan membantu keluarga berpendapatan rendah membuat persiapan awal persekolahan anak-anak bagi sesi 2026.
“Pendaftaran dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 4 petang di No 31D-3, Kelana Mall, Jalan SS6/12, Kelana Jaya,” katanya menerusi Facebook.
Antara syarat permohonan yang ditetapkan ialah:
• Pemohon merupakan pengundi DUN Seri Setia
• Pendapatan keluarga RM4,000 dan ke bawah
• Bukan penerima BINGKAS atau SMUE
• Terhad kepada seorang penerima bagi setiap keluarga
• Pemohon perlu membawa salinan IC ibu bapa serta MyKid/MyKad anak berusia 16 tahun ke bawah
Permohonan boleh dibuat melalui borang dalam talian dengan mengimbas kod QR yang disediakan pada poster program.
Orang ramai yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian yang tertera dalam hebahan tersebut.
Program ini diadakan bagi memastikan anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan dapat memulakan sesi persekolahan dengan lebih bersedia.


