Angka korban banjir, tanah runtuh di Sumatera meningkat kepada 502 orang

1 Dis 2025, 12:00 PM

JAKARTA, 1 DIS: Angka korban akibat banjir dan tanah runtuh di tiga wilayah di Pulau Sumatera, Indonesia meningkat kepada 502 orang dengan 508 lagi masih hilang, lapor Xinhua memetik Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan secara intensif di kawasan terjejas, menurut agensi itu.

BNPB melaporkan bahawa banjir mengakibatkan kira-kira 550,000 penduduk dipindahkan di wilayah Sumatera Utara, Sumatera Barat dan Aceh. Kerosakan jalan serta gangguan rangkaian komunikasi menyebabkan beberapa kawasan terjejas tidak dapat diakses, dengan bantuan disalurkan terutamanya melalui udara.

Presiden Indonesia Prabowo Subianto berkata usaha kerajaan dalam operasi menyelamat dan bantuan sedang digerakkan sepenuhnya.

Beliau menegaskan bahawa Indonesia mesti memberikan respons berkesan terhadap perubahan iklim dan kerajaan tempatan perlu memainkan peranan lebih besar dalam perlindungan alam sekitar serta persediaan menghadapi kejadian cuaca ekstrem pada masa depan.

- BERNAMA-XINHUA