SHAH ALAM,1 DIS: Jumlah mangsa banjir di Selangor yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus menunjukkan penurunan kepada 2,574 mangsa setakat jam 10.30 pagi ini.
Menurut laporan terkini Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semua mangsa melibatkan 712 keluarga itu ditempatkan di 30 PPS di empat daerah.
Kuala Selangor masih merekodkan mangsa banjir tertinggi iaitu 2,174 mangsa diikuti Sepang (318) Kuala Langat (120) dan Sabak Bernam (71).
Sebanyak 17 PPS di buka di Kuala Selangor, Kuala Langat (6), Sepang (5) dan Sabak Bernam (2).
Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) memaklumkan cuaca dijangka bertambah baik dan tiada potensi hujan berterusan di beberapa negeri termasuk Selangor berdasarkan analisis model-model cuaca.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.
Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.


