Enam kawasan di Sungai Pelek dilanda banjir, dua PPS dibuka

28 Nov 2025, 7:28 AM
Enam kawasan di Sungai Pelek dilanda banjir, dua PPS dibuka
Enam kawasan di Sungai Pelek dilanda banjir, dua PPS dibuka
Enam kawasan di Sungai Pelek dilanda banjir, dua PPS dibuka

SHAH ALAM, 28 NOV: Enam kawasan di Sungai Pelek, Sepang dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan sejak malam tadi.

Ahli Dewan Negeri Sungai Pelek Lwi Kean Keong berkata, kawasan terlibat ialah Kampung Salak Tinggi, Kampung Salak Tengah, Kampung Lembah Paya, Kampung Chinchang, Pekan Salak serta Kampung Giching.

"Dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan penduduk yang terkesan, iaitu Sekolah Kebangsaan Salak dan Dewan Komuniti Labu Lanjut," katanya kepada Media Selangor.

Sementara itu, media melaporkan beberapa kawasan di Sepang turut dinaiki air susulan hujan berterusan sejak malam tadi.

Menurut Public Info Banjir, sejumlah 847 keluarga dan 3,157 mangsa kini dilaporkan terjejas dengan bencana banjir di Selangor melibatkan 21 PPS beroperasi di lima daerah.