Pengajian jantung tawar peluang kerjaya menarik

30 Nov 2025, 2:00 AM
Pengajian jantung tawar peluang kerjaya menarik

Penyakit jantung kekal penyebab utama kematian dalam negara iaitu kira-kira 17 peratus daripada jumlah kematian, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia.

Justeru kerjaya dalam bidang berkenaan sering mendapat permintaan tinggi saban tahun. Bidang Teknologi Kardiovaskular (CVT) antara cabang pilihan bagi menyambung pengajian di institut pengajian tinggi.

Program ijazah sarjana muda teknologi kardiovaskular (kepujian) direka khusus untuk melahirkan tenaga profesional berkemahiran tinggi dalam menghadapi cabaran dunia perubatan moden.

Menariknya, Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) di Shah Alam satu-satunya universiti yang menawarkan kursus berkenaan dan diperakui Persatuan Teknologi Kardiovaskular Malaysia (Malaysia Society of Cardiovascular Technologist).

Pensyarah MSU Hamdan Ibrahim. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN

Pensyarah universiti berkenaan, Hamdan Ibrahim pada 12 November menerangkan lebih lanjut peranan ahli CVT yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pelajar.

Kerjaya

Ahli Teknologi Kardiovaskular

- melakukan prosedur jantung untuk ujian diagnostik

- membantu prosedur Koronari Angiogram (melihat saluran darah jantung) bersama pakar jantung

Peranan dan fungsi utama ahli CVT:

1-Diagnosis:

Melakukan prosedur jantung menggunakan peralatan seperti elektrokardiogram (ECG). Ekokardiogram dan ujian latihan ‘treadmill’ untuk kenal pasti masalah jantung

2-Rawatan:

Bantu pakar jantung semasa melakukan prosedur kateterisasi jantung. Prosedur penting rawat masalah saluran darah arteri tersumbat

3-Pemantauan:

Pantau kesihatan pesakit jantung secara berkala dengan melakukan prosedur ulangan untuk bantu pesakit dalam proses pemulihan

4-Pengumpulan Data:

Pastikan semua data yang dikumpul tepat, supaya pakar jantung buat penilaian lebih cepat dan tepat

Teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam dunia kardiovaskular:

-menganalisis data jantung secara automatik

-jana laporan segera

-kurangkan masa menunggu pesakit

-walaupun AI membantu, sentuhan manusia tetap penting. Ahli CVT perlu semak semula laporan automatik bagi memastikan keputusan tepat

Pendidikan dan latihan:

-ijazah sarjana muda teknologi kardiovaskular (kepujian)

-perlu latar belakang asasi Sains

-direka khas untuk lengkapkan pelajar dengan kemahiran teori dan praktikal sebenar seperti di hospital

-latihan guna teknologi terkini (termasuk AI dan perisian analisis automatik)

-asas keusahawanan dan inovasi perubatan

Kelebihan kursus

-satu-satunya universiti terawal di Malaysia yang tawarkan program lengkap teknologi kardiovaskular (kepujian)

-pensyarah berpengalaman luas dalam industri

-pengalaman belajar berasaskan industri

-makmal praktikal lengkap alatan terkini

-peluang kerja di hospital swasta di dalam atau luar negara

Tempat Kerja:

- hospital awam dan swasta dengan kemudahan rawatan jantung

Jangkaan gaji:

-RM3,000 dan ke atas