ad

Isi minyak percuma RM10, di Petronas Subang Bestari pada 27 November

25 Nov 2025, 8:13 AM
Isi minyak percuma RM10, di Petronas Subang Bestari pada 27 November

SHAH ALAM, 25 NOV: Seramai 300 penunggang motosikal terawal berpeluang menikmati pengisian petrol percuma bernilai RM10 di stesen Petronas Subang Bestari, di sini pada Khamis, 27 November ini.

Program anjuran Jabatan Pembangunan Komuniti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu bermula jam 11 pagi, bersempena sambutan Jubli Perak 25 tahun pihak berkuasa tempatan tersebut.

Inisiatif ini menyasarkan kumpulan sasar seperti penghantar makanan, penjawat awam, pekerja industri dan pelajar pusat pengajian tinggi di kawasan sekitar.

Program berkenaan merupakan siri ketiga selepas penganjuran pertama pada Jun dan siri kedua pada Oktober lalu.