ad

Klang, Petaling antara lima daerah diramal hujan lebat hingga 7 malam

24 Nov 2025, 9:41 AM
Klang, Petaling antara lima daerah diramal hujan lebat hingga 7 malam
Klang, Petaling antara lima daerah diramal hujan lebat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 24 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir di lima daerah di Selangor selain Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 7 malam ini.

Lima daerah berkenaan ialah Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang. Amaran sama turut diramal berlaku di seluruh beberapa daerah di Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.