ad

300 peniaga sertai Karnival Blueprint dan i-Seed, lebih 5,000 pengunjung dijangka hadir

22 Nov 2025, 6:48 AM
300 peniaga sertai Karnival Blueprint dan i-Seed, lebih 5,000 pengunjung dijangka hadir
300 peniaga sertai Karnival Blueprint dan i-Seed, lebih 5,000 pengunjung dijangka hadir
300 peniaga sertai Karnival Blueprint dan i-Seed, lebih 5,000 pengunjung dijangka hadir
300 peniaga sertai Karnival Blueprint dan i-Seed, lebih 5,000 pengunjung dijangka hadir
300 peniaga sertai Karnival Blueprint dan i-Seed, lebih 5,000 pengunjung dijangka hadir

KUALA LANGAT, 22 NOV: Lebih 5,000 pengunjung dijangka memeriahkan Karnival Blueprint dan i-Seed #KitaSelangor 2025 yang menghimpunkan 300 peniaga sepanjang dua hari berlangsung di Dataran Pantai Morib, di sini.

EXCO pembasmi kemiskinan berkata program julung kali ini menjadi medan untuk peniaga memperluas pasaran dan menjana pendapatan lebih tinggi, selari dengan agenda negeri yang mahu memperkasa ekonomi usahawan industri kecil sederhana.

EXCO Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu bercakap kepada media selepas melawat reruai pameran dalam Karnival Blueprint dan i-Seed di Dataran Pantai Morib, Kuala Langat pada 22 November 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

“Semua peniaga ini adalah penerima bantuan Blueprint dan i-Seed. Kita himpunkan mereka untuk tunjukkan kejayaan selepas menerima bantuan.

”Karnival ini sepatutnya berlangsung sehari, tetapi sambutan menggalakkan membolehkan ia dilanjutkan sehingga esok,” kata V Papparaidu kepada Media Selangor.

Beliau menambah, karnival berkenan disasarkan menjadi acara tahunan dalam tekad memastikan lebih ramai peniaga di seluruh Selangor mendapat manfaat secara berterusan.

“Peniaga terlibat bukan sahaja dari Kuala Langat, malah dari seluruh Selangor. Ini membuka peluang mereka meluaskan lagi jualan produk masing-masing,” jelasnya.

EXCO Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu melawat gerai jualan dalam Karnival Blueprint dan i-Seed di Dataran Pantai Morib, Kuala Langat pada 22 November 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Papparaidu turut berkongsi bahawa program Blueprint dan i-Seed, yang menawarkan peralatan perniagaan, menerima sambutan menggalakkan, dengan peruntukan RM2 juta bagi setiap skim kini habis diagihkan.

“Ramai yang berminat, namun kita terpaksa hadkan. Mungkin menerusi Belanjawan 2027, kita akan mohon jumlah lebih besar supaya lebih ramai peniaga dapat dibantu,” tambah beliau.

Selain pameran usahawan, karnival turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk:

  • pemeriksaan kesihatan percuma

  • pertandingan sukan dan memasak

  • tapak permainan kanak-kanak

  • pameran agensi kerajaan

  • kaunter pengurangan saman trafik

  • tukar minyak pelincir motosikal percuma

Selain pelbagai aktiviti informatif, pengunjung bakal dihiburkan dengan persembahan artis popular termasuk Ukays dan Keena Mentor malam ini.

Karnival ini juga bakal menobatkan penerima Anugerah Blueprint dan i-SEED #KitaSelangor 2025, mengiktiraf kejayaan usahawan berdasarkan inovasi produk, pertumbuhan jualan, dan impak komuniti.

Anggota bomba menunjukkan ular di reruai pameran Jabatan Bomba Dan Penyelamat Banting ketika Karnival Blueprint dan i-Seed di Dataran Pantai Morib, Kuala Langat pada 22 November 2025.Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Agensi pembiayaan seperti TEKUN Nasional, Yayasan Hijrah Selangor dan Koperasi Hijrah Selangor Berhad (KOHIJRAH) menganjurkan kursus keusahawanan, manakala SME Corp, PUNB dan HRD Corp menyediakan peluang latihan serta sokongan tambahan.

Turut serta Perbadanan Teknologi, Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec), MDEC, dan Seldec, yang memperkenalkan inisiatif pendigitalan untuk usahawan kecil.

Kanak-kanak teruja menghasilkan jus tembikai dengan mengayuh basikal ketika Karnival Blueprint dan i-Seed di Dataran Pantai Morib, Kuala Langat pada 22 November 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR