SHAH ALAM, 20 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat rebut petir melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Hulu Langat hingga 7 malam.
Cuaca sama turut diramal melanda beberapa daerah di Perak, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.
Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.





