ad

Dengkil, Sungai Ramal antara lapan lokasi Jualan Ehsan Rahmah hari ini

12 Nov 2025, 12:38 AM
Dengkil, Sungai Ramal antara lapan lokasi Jualan Ehsan Rahmah hari ini
Dengkil, Sungai Ramal antara lapan lokasi Jualan Ehsan Rahmah hari ini
Dengkil, Sungai Ramal antara lapan lokasi Jualan Ehsan Rahmah hari ini
Dengkil, Sungai Ramal antara lapan lokasi Jualan Ehsan Rahmah hari ini
Dengkil, Sungai Ramal antara lapan lokasi Jualan Ehsan Rahmah hari ini

SHAH ALAM, 12 NOV: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) diteruskan ke lapan lokasi hari ini.

Jualan murah itu menawarkan ayam seekor (RM10), daging pejal (RM10/pek), telur (RM8 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak dua kg (RM10) dan beras lima kg (RM12).

Turut dijual ialah tepung (RM2), sardin (RM5.50), bihun (RM2.50), biskut jagung (RM3), sabun cuci baju (RM16.00) dan lampin bayi pakai buang (RM12).

Berikut lokasi JER hari ini:

9 pagi - 1 tengah hari

  • Dengkil - Dewan Besar Labohan Dagang

  • Pandan - Lorong 1, Kampung Desa Pahlawan (berdekatan Masjid Nurul Islam)

  • Sijangkang - Perkarangan Surau Haji Abdul Hamid, Kampung Jenjarom

  • Sungai Burong - Perkarangan Masjid Nurul Islam Blok Y1 Parit 2 Ban 4 Sungai Burong

  • Selat Klang - bawah flyover KTM Telok Gadong

  • Sungai Pelek - Dewan Serbaguna Kampung Giching

4 petang - 7 malam

  • Sungai Ramal - Surau Nurus Sobah, Taman Setia, Impian Hasan

  • Taman Templer - Padang Futsal Apartment Kota Warisan

Belanjawan Selangor 2025 memperuntuk RM30 juta bagi pelaksanaan JER. Pentadbiran negeri turut menyasarkan pembukaan 10 premis Ehsan Mart menjelang akhir tahun ini. Cawangan pasar raya tersebut telah beroperasi di Sungai Tua, Pandan Indah dan bakal dibuka di Hulu Kelang.

Pasar raya kendalian PKPS itu menawarkan barangan asas pada harga 10 hingga 15 peratus lebih rendah daripada pasaran. Ehsan Mart yang diwujudkan sebagai penambahbaikan program JER turut menyasarkan pembukaan di 56 kawasan DUN menjelang 2027.

Selain itu, PKPS dengan kerjasama Segi Fresh menyasarkan pembukaan 10 cawangan Pasaraya Ehsan Segi Fresh. Pasar raya pertama telah dibuka di Bagan Nakhoda Omar, Bernam Jaya.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.